Wednesday 22 February 2012

IKLIM MALAYSIA

  1. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Kawasan di dunia yang terletak antara 5o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
  3. Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
  4. Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana :

  • Malaysia dikelilingi oleh laut.
  • Hujan lebat turun sepanjang tahun.
  • Banyak awan.
  • Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.

  1. Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
  2. Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
  3. Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
  4. Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
  5. Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
  6. Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
  7. Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

BENTUK MUKA BUMI








Bentuk muka bumi Negara kita terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau






Tanah tinggiTanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Antara gunung yang terdapat di tanah tinggi ialah gunung Kinabalu. Stesen hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air







Tanah pamahKawasan tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang beralun. Di tanah pamah biasanya terdapat sungai, tasik atau paya. Kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit, getah, nanas dan tebu. Contohnya padi banyak di tanam di Dataran Kedah-Perlis.







Saliran Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut. Ianya merupakan sumber pengairan dan perikanan. Petani dapat menanam padiapabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.



Pinggir lautKawasan pinggir laut Negara kita terdiri daripada pantai, teluk, tanjung dan pulau . Keistimewaan pinggir laut ialah menjadi kawasan perlancongan, kawasan pelabuhan dan kawasan perikanan.

Iklim khatulistiwa


Di banyak kawasan tropika, orang-orang mengenal pasti dua musim, iaitu musim lembap dan musim kering, tetapi kebanyakan tempat yang amat dekat dengan khatulistiwa adalah lembap pada sepanjang tahun. Bagaimanapun, musim-musim boleh berbeza-beza bergantung kepada berbagai-bagai faktor, termasuk aras tinggi dan kedekatan dengan lautan.
Permukaan Bumi di khatulistiwa terdiri terutamanya daripada lautan. Titik tertinggi di Khatulistiwa ialah 4,690 meter di 77°59′31" B pada lereng selatan Volcán Cayambe (kemuncak: 5,790 m) yang terletak di Ecuador. Ketinggian ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding garis salji, dan merupakan titik tunggal di khatulistiwa di mana salji terdapat di atas tanah (data dan gambar foto Bumi Google).

Negara-negara khatulistiwa

Pada jumlahnya, khatulistiwa merentasi tanah dan/atau perairan untuk 13 buah negara seperti berikut:
Khatulistiwa nyaris-nyaris tidak terkena wilayah Amerika Syarikat di kawasan Pulau Baker dan Pulau Jarvis di Pulau-pulau Kecil serta Terpencil Amerika Syarikat. Hujung selatan Pulau Baker terletak hanya 13 minit pada garisan lintang di utara khatulistiwa dan oleh itu, khatulistiwa terletak di luar had 12 batu untuk perairan wilayah. Bagaimanapun, khatulistiwa merentasi perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif Amerika Syarikat.
Berbeza dengan namanya, tiada mana-mana satu bahagian Guinea Khatulistiwa yang terletak di khatulistiwa.