Di banyak kawasan
tropika, orang-orang mengenal pasti dua
musim, iaitu musim lembap dan musim kering, tetapi kebanyakan tempat yang amat dekat dengan khatulistiwa adalah lembap pada sepanjang tahun. Bagaimanapun, musim-musim boleh berbeza-beza bergantung kepada berbagai-bagai faktor, termasuk aras tinggi dan kedekatan dengan
lautan.
Permukaan Bumi di khatulistiwa terdiri terutamanya daripada lautan. Titik tertinggi di Khatulistiwa ialah 4,690 meter di
77°59′31" B pada lereng selatan
Volcán Cayambe (kemuncak: 5,790 m) yang terletak di
Ecuador. Ketinggian ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding
garis salji, dan merupakan titik tunggal di khatulistiwa di mana
salji terdapat di atas tanah (data dan gambar foto
Bumi Google).
Negara-negara khatulistiwa
Pada jumlahnya, khatulistiwa merentasi tanah dan/atau perairan untuk 13 buah negara seperti berikut:
Khatulistiwa nyaris-nyaris tidak terkena wilayah
Amerika Syarikat di kawasan
Pulau Baker dan
Pulau Jarvis di
Pulau-pulau Kecil serta Terpencil Amerika Syarikat. Hujung selatan Pulau Baker terletak hanya 13
minit pada garisan lintang di utara khatulistiwa dan oleh itu, khatulistiwa terletak di luar had 12
batu untuk
perairan wilayah. Bagaimanapun, khatulistiwa merentasi perairan wilayah dan
Zon Ekonomi Eksklusif Amerika Syarikat.
Berbeza dengan namanya, tiada mana-mana satu bahagian
Guinea Khatulistiwa yang terletak di khatulistiwa.